82 research outputs found

    Karektor guru pendidikan khas aliran kemahiran berlandaskan nilai retorik dari perspektif pelajar pendidikan khas masalah pendengaran di Malaysia

    Get PDF
    Latar Belakang: Pendidikan Khas di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan untuk melahirkan insan yang berkemahiran, berpandangan jauh, berupaya, beriman, berdikari, mampu merancang dan menguruskan kehidupan harian serta menyedari potensi diri sendiri yang selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Aliran pendidikan teknikal dan vokasional juga tidak dikecualikan pelajar yang mempunyai keperluan khas. Oleh itu, guru pendidikan khas aliran kemahiran harus mempunyai karektor yang istimewa untuk mendidik pelajar golongan ini. Namun begitu, masih belum wujudnya satu model standard guru pendidikan khas terutamanya aliran kemahiran. Objektif: Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti tahap penerapan elemen dan dimensi nilai retorik dalam proses pengajaran dan pembelajaran guru aliran kemahiran bagi pelajar pendidikan khas masalah pendengaran. Keputusan: Dapatan kajian ini menunjukkan penerapan elemen nilai retorik ethos dan logos dalam kalangan guru berada pada tahap tinggi, diikuti dengan pathos pada tahap sederhana. Dapatan kajian juga menunjukkan penerapan nilai retorik bagi kebanyakan dimensi pada tahap tinggi, hanya dimensi perasaan dan visualisasi pada tahap sederhana. Kesimpulan: Umumnyaa, guru pendidikan khas aliran kemahiran telah menerapkan nilai retorik pada tahap yang tinggi. Setiap guru digalak untuk menguasai nilai retorik supaya dapat membantu para pelajar menerokai ilmu pengetahuan yang disampaikan oleh mereka dengan berkesan dan seterusnya memberi impak yang positif terhadap pencapaian pelajar

    The readiness among the polytechnic engineering and non-engineering lecturers towards implementation of 4C in teaching

    Get PDF
    The paper discusses the readiness level of the 4C polytechnics lecturer (creative, critical, communication & collaboration) from the cognitive, psychomotor and affective domains. By using questionnaires as an instrument, this research employed the survey as research design. A total of 332 lecturers in polytechnics were randomly selected randomly as respondents. The results show that polytechnic lecturers tend to have a high level of readiness for 4C for all three domains. Findings also show that, except for the psychomotor and affective domain, there is no substantial difference in cognitive domain for 4C between engineering and non-engineering lecturers. In short, the preparation of 4C skills among the polytechnic lecturers is necessary to ensure that graduates are successful in today's workplace

    Undergraduates Marketability of Universiti Tun Hussein Onn Malaysia: A Case Study

    Get PDF
    The purpose of this research is to determine the employment status of undergraduate students at Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) from 2015 to 2020. In this study, employment status is defined by (1) job classification and (2) starting salary. This is a case study that focuses on the raw data analysis from the Graduate Tracer Study (Sistem Kajian Pengesan Graduan, SKPC). The Ministry of Higher Education conducts an annual survey to determine employment status after graduation using an online questionnaire. Only those with a Bachelor's degree from UTHM were selected as respondents in this study. The SKPG database data was analysed using descriptive statistics such as frequency and percentage. The findings show that, about 66.6% of graduates, are employed in jobs related to their field of study. Furthermore, in approximately 57% of graduates are employed with starting salaries that are match with their qualifications. It is recommended that the programme be revised to address the issue of starting salary, as well as underemployment

    The effects of worked examples presentation on sub-cognitive loads

    Get PDF
    One promising technique for helping students in fulfilling complex problem solving tasks is through learning with worked example. Although worked example approach is the most prominent technique discussed in the literature of cognitive load theory, there is still very little scientific understanding of managing the students’ sub-cognitive load, namely intrinsic, extraneous and germane load on different complexity of worked example approach especially in engineering domain. Thus, this study was conducted to investigate the effects worked examples presentation on sub-cognitive loads among electrical engineering students. In this research, the worked examples were presented in three different sequences: (i) all examples were of same level of difficulty (ii) from difficult to easy example; (iii) from easy to difficult example. Data were collected from 82 students (Condition (i) =27; Condition (ii) = 34; condition (iii) = 21) of Diploma in Electrical Engineering Program at three selected polytechnics. The inventory tool of sub cognitive load were given to students after each teaching and learning session ends. The findings suggested that worked examples presented in easy to difficult format could be one of the approaches that is more efficient to manage students’ cognitive load and effective to be applied in engineering lesson

    Designing A Visualization Based Learning Approach For Learning Engineering Drawing

    Get PDF
    The purpose of this research was to design a Visualization-based Learning Approach (VAL) in learning Engineering Drawing (ED) specifically for the topic auxiliary view (AV). The research comprises three phases, that is, (i) Phase I is to determine students’ levels of difficulties in ED topics, (ii) Phase II is to identify students’ cognitive visual levels and AV problem solving methods which is then used to develop the pattern of problem solving methods in ED among students of various cognitive visual levels; (iii) Phase III is the development of VAL. The fundamental theories used in this research are Wiley Visual Cognition Stage, Auxiliary View Problem Solving Approach and Visual Literacy. Both qualitative and quantitative approaches are used to collect the data. The research samples consist of 43 Engineering Drawing teachers in Phase I and 350 students in Phase II . The research instruments used for data collection include questionnaires, tests and interviews. Quantitative data were analyzed using SPSS while qualitative data were analyzed using triangulation method in single-case and cross-cases. Results were presented as percentages, frequencies, means and transcripts. The findings of Phase I showed that the topic of AV is one of the topics in Engineering Drawing with high level difficulty. Results of Phase II showed the descending order of students’ visual cognition levels from visual memory, visual perception to visualization. The results also showed that the students used a combination of principles of projections, imagination and sketching to solve Engineering Drawing problems. The evaluation of the effects of using Visualization-based Learning Approach will be conducted to enhance students learning ED especially for the topics requiring visualization skills. (Authors' abstract

    Analisis tahap kesukaran bagi topik dalam kursus teknologi elektrik 2 dari perspektif pelajar

    Get PDF
    Electrical Technology 2 (TE2) is one of the compulsory course for the students from Bachelor of Vocational Education (Electrical and Electronic Engineering) at Faculty of Technical and Vocational Education. This course consists of four main topics and sub-topic. Students’ achievement analysis in this course for the previous six semester showed that majority of them score gred B+ and below. Thus, this study was conducted to identify the difficulty level for each sub-topic consisted in TE2 course. The research design for this study was using quantitative approach through survey method. Questionnaire was employed as instrument in this study. Samples of this study involved of 20 students that learn this this course using purposive random sampling technique. Collected data was analyzed using frequency and percentage. Result shown that the sub-topic of “Voltage and phase balance in star and delta connection” from the third topic was the most difficult to understand and mastery by students. This results agreed by two lectures who taught this course before through interview. This findings can assist lectures to enforce this sub-topic during conducted learning and teaching process for TE 2 course

    Mesin pengupas kulit ubi kayu

    Get PDF
    Pengusaha kerepek ubi kayu sering mengupas kulit ubi kayu secara manual iaitu dengan menggunakan pisau tangan. Kaedah mengupas secara manual ini memakan masa yang panjang dan memerlukan tenaga pekerja yang ramai. Sehubungan dengan itu, projek ini dilaksanakan untuk mereka bentuk, membangunkan, dan menguji kebolehfungsian mesin pengupas kulit ubi kayu. Produk ini mampu mempercepatkan proses mengupas kulit ubi kayu dan juga menjamin kebersihan makanan yang dihasilkan. Proses pembangunan mesin pengupas kulit ubi kayu ini berlandaskan model Design Sprint Methodology yang terdapat enam fasa iaitu fasa faham, takrif, lakar, keputusan, prototaip dan pengesahan. Perisisan AutoCAD digunakan untuk mereka bentuk prototaip mesin pengupas ini. Mesin ini di bangun dengan menggunakan 775 Motor DC dan sistem kawalan kelajuan motor DC teknik PWM. Pengujian pula dilakukan bagi memastikan mesin berfungsi dan selamat untuk digunakan. Mesin ini telah mendapatkan pengesahan daripada tiga orang pakar yang terdiri daripada dua orang pensyarah dan seorang pengusaha kerepek ubi kayu. Secara keseluruhan, mesin pengupas kulit ubi kayu ini berfungsi dengan baik

    Mentransformasikan Kepimpinan Pendidikan: Model Pengurusan Institusi TVET yang Berkesan

    Get PDF
    Artikel ini membincangkan model pengurusan institusi TVET yang berkesan untuk mentransformasikan kepimpinan pendidikan di Malaysia. Sebanyak 22 buah artikel yang diperolehi melalui pangkalan data Google Scholar telah dikaji melalui kaeda kajian literatur sistematik. Dapatan kajian menujukkan bahawa amalan terbaik dalam pengurusan dan kepimpinan di institusi TVET adalah karismatik, perkembangan individu, stimulasi intelek, motivasi dan inovasi. Pelaksanaan transformasi kepimpinan dalam pendidikan merupakan aspek sangat penting bagi memastikan kejayaan dan kecemerlangan dalam institusi TVET. Institusi TVET memerlukan pengurusan dan kepimpinan yang berkaliber serta bertanggungjawab dalam melaksanakan amanah dengan baik agar dapat merealisasikan misi dan visi organisasi. Pemimpin yang berkaliber seperti bijak dalam melakukan tindakan dan keputusan adalah pemimpin yang dapat memutuskan keputusan yang baik kepada institusi serta dapat memuaskan hati semua pihak di institusi TVET. Hasil kajian literatur sistematik mendapati bahawa model pelaksanaan transformasi kepimpinan pendidikan dalam pengurusan institusi TVET yang paling dominan adalah perkembangan individu dalam kalangan pemimpin di institusi TVET, diikuti dengan sistem karismatik, inovasi, motivasi dan stimulasi intelek. Kajian lanjutan yang harus dilaksanakan adalah menentukan keberkesanan pelaksanaan transformasi kepimpinan pendidikan dalam pengurusan institusi TVET melalui model perkembangan individu agar dapat menjamin kualiti graduan TVET

    Integrasi konsep dan teori beban kognitif dalam pendidikan kejuruteraan di Malaysia: satu kajian literatur

    Get PDF
    Bidang pendidikan kejuruteraan telah menyaksikan pertumbuhan yang mampan kebelakangan ini. Namun, kurangnya penyelidikan dalam bidang ini menyebabkan sukar menemui emprikal dan teoritikal yang boleh dijadikan panduan bagi membantu pelajar kejuruteraan menyerap kandungan pembelajaran dengan lebih efektif. Secara dasarnya, reka bentuk kejuruteraan merupakan satu aktiviti kognitif yang kompleks, disebabkan pembelajaran domain ini kebanyakannya memerlukan keupayaan pelajar untuk menggunakan beban mental yang tinggi dalam pembelajaran. Bagaimanapun, salah satu kunci untuk membantu pelajar menghadapi cabaran ini adalah dengan membantu mereka menyesuaikan diri dalam membina pengetahuan dan kemahiran dengan mudah untuk menguasai kandungan pembelajaran yang berbentuk novel atau kompleks. Mujurlah, Teori Beban Kognitif kaya dengan pelbagai maklumat dan berupaya menjana kaedah pengajaran yang lebih berkesan dalam menyediakan garis panduan untuk reka bentuk pengajaran. Merujuk kepada teori ini, sebahagian besar sifat-sifat pembelajaran dan ciri-ciri pelajar telah ditekankan dalam menguruskan beban ingatan kerja melalui reka bentuk pengajaran. Oleh itu, kajian literatur ini bertujuan untuk mengkaji dan meneliti kajian emprikal terdahulu dalam prospek Teori Beban Kognitif dengan membandingkan keberkesanan pembelajaran pelajar bagi mendapatkan satu pendekatan yang relavan dengan domain kejuruteraan. Hasil kajian mendapati, pembelajaran berasaskan contoh kerja adalah lebih relavan dilaksanakan dalam pembelajaran kejuruteraan berbanding penyelesaian masalah terutamanya pada fasa awal pembelajaran. Seterusnya, dua jenis pendekatan pengajaran berasaskan contoh kerja dicadangkan dalam kajian ini. Pertama, pendekatan contoh kerja mudah ke sukar dan kedua adalah sebaliknya

    Integrasi konsep dan teori beban kognitif dalam pendidikan kejuruteraan di Malaysia: satu kajian literatur

    Get PDF
    Bidang pendidikan kejuruteraan telah menyaksikan pertumbuhan yang mampan kebelakangan ini. Namun, kurangnya penyelidikan dalam bidang ini menyebabkan sukar menemui emprikal dan teoritikal yang boleh dijadikan panduan bagi membantu pelajar kejuruteraan menyerap kandungan pembelajaran dengan lebih efektif. Secara dasarnya, reka bentuk kejuruteraan merupakan satu aktiviti kognitif yang kompleks, disebabkan pembelajaran domain ini kebanyakannya memerlukan keupayaan pelajar untuk menggunakan beban mental yang tinggi dalam pembelajaran. Bagaimanapun, salah satu kunci untuk membantu pelajar menghadapi cabaran ini adalah dengan membantu mereka menyesuaikan diri dalam membina pengetahuan dan kemahiran dengan mudah untuk menguasai kandungan pembelajaran yang berbentuk novel atau kompleks. Mujurlah, Teori Beban Kognitif kaya dengan pelbagai maklumat dan berupaya menjana kaedah pengajaran yang lebih berkesan dalam menyediakan garis panduan untuk reka bentuk pengajaran. Merujuk kepada teori ini, sebahagian besar sifat-sifat pembelajaran dan ciri-ciri pelajar telah ditekankan dalam menguruskan beban ingatan kerja melalui reka bentuk pengajaran. Oleh itu, kajian literatur ini bertujuan untuk mengkaji dan meneliti kajian emprikal terdahulu dalam prospek Teori Beban Kognitif dengan membandingkan keberkesanan pembelajaran pelajar bagi mendapatkan satu pendekatan yang relavan dengan domain kejuruteraan. Hasil kajian mendapati, pembelajaran berasaskan contoh kerja adalah lebih relavan dilaksanakan dalam pembelajaran kejuruteraan berbanding penyelesaian masalah terutamanya pada fasa awal pembelajaran. Seterusnya, dua jenis pendekatan pengajaran berasaskan contoh kerja dicadangkan dalam kajian ini. Pertama, pendekatan contoh kerja mudah ke sukar dan kedua adalah sebaliknya
    • …
    corecore